bukit tinggi part 2
Ok kita sambung part ke 2 plak percutian aku di bukit tinggi, selepas habis kami melawat ke japanies house , kami anak beranak pun melawat ke tmn arnab dimana di sini bukan arnab je malah rusa pun ada , yg best nya rusa dan arnab ni di lepaskan dan kita bleh main lagi ngan arnab2 tu…seriously aku ni penakut dgn arnab ok…bukan takut sikit memang takut giler, sepanjang aku hidup tak pernah lagi aku pegang arnab ..ini pertama kali dlm hidup aku dan aku cuba memberanikan diri utk pegang ( itu pun dgn kata2 semangat dari mr sayang lah) kalau tengok gambar kat bawah ni boleh nampak kot muka aku yg cuak tu…hu..hu..hu…
selain arnab dan rusa …kuda pun ada tau…tengok tu konon pegang kuda padahal tak kene pun kat kulit kuda tu….wakakaka hai lah intan saffinah oiiiiiii semua binatang ko takut …
Oklah setakat ni dululah entry tentang percutian aku dibukit tinggi bersama keluarga kecil ku …walaupun hanya satu hari tp sangat menyeronok kan …sebenarnya tak penting berapa hari kita bercuti yg penting nya sepanjang pecutian tersebut kita saling mengembirakan antara satu sama lain…dan kualiti masa bersama keluarga digunakan sebaik yg mungkin….apa pun aku wanita terbahagia…itu yg bleh aku ucapkan ..mempunyai suami yg sangat sabar melayan kerenah aku ….yg sentiasa cuba mengembirakan aku ….yg cuba mengambil hati ku walaupun adakalanya dia sangat penat ….baru sampai johor terus ambil aku bawak bercuti ….walaupun aku tahu dia cuba menyorokkan kepenatan dia …..thanks sayang …aku amat menghargai nya…..
xoxoxo
Comments
Post a Comment