percutian ke pulau tioman part 1
Lama dah aku tak update blog…bukan apa kalau nak update blog ni kene ada mood kalau tak entah apa yg aku tulis pun aku tak tahu nanti….ni pun ambil lama mood ..tu pun belum ada mood sepenuh nya ..ok malam ni aku nak menulis pengalaman aku bercuti ke tioman island….sebenarnya aku blum pernah menjejak kan kaki ke tioman island ni ..so bila encik suami ajak ke tioman island apa lagi hati melonjak lah kegembiraan ..kebetulan suami aku balik bercuti di kampong aku ..dan kebetulan plak cuti sekolah akan bermula jadi aku ambil kesempatan ini utk vacay dan terus kerumah suami aku di johor….so ptg tu kami bertolak dari jelebu, negeri Sembilan ke mersing….sbb kami menaiki bot nanti di jeti mersing…kami sampai ke mersing agak lewat malam lah juga jadi kami ambil keputusan utk merehatkan diri di hotel seri Malaysia mersing sebelum menaiki bot keesokkan hari nya…so kami pun check in lah kat situ…tp biasalah dah nama nya pun hotel seri Malaysia..ermmmmm bukan nak cakap apa lah sangat tidak selesa…bau hapak dlm bilik buat aku jadi tak selesa tp memikirkan hanya satu hari dan ditambah mlm pun dah larut malas plak kami nak cari hotel lain…so tidur jelah kat situ ….tengok lah gambar kat bawah ni kusam giler hotel nya…org pun tak der..aku rasa kalau ada pun dua atau tiga keluarga je….
Keesokannya kami pun sarapan lah di hotel tu..serius kene order kalau nak makan sbb tak der org kat hotel tu jadi tak der lah buffet utk breakfeast…sangat2 tidak selesa tp nasib baik dah nak check out..aku tak berapa nak suggest lah kalau nak menginap kat hotel tu….menyesal sehhhh….ok lepas kami check out kami pun menuju ke jeti mersing beli tiket bot untuk ke pulau tioman …pulau tioman ni banyak perhentian tau ..yp yg paling glamour kat sanglang tak silap aku …sbb kat sana lebih privacy….kami memilih utk ke perhentikan tekek..dimana tekek ni adalah Bandar utk pulau tioman dan kami memlilih utk menginap di Berjaya tioman resort… kira kami tak bergaul lah ngan org2 kampung sekitar dan bleh aku katakana hotel ni tempat yg mewah lah..semua kemudahan ada dlm hotel tu …baik tennis , games ,golf..semua ada dlm kawasan Berjaya tioman resort ..kalau nak duk lama kat situ best lah …sbb percutian yg memang mewah lah ..tempat yg sangat cantik …..berjaya tioman beach ni selalu nya menjadi pilihan bagi org2 kenamaan seperti tun Mahathir, keluarga di raja Pahang dan banyak lagi lah org kenamaan yg duduk di disitu ….kalau ada duit bleh sewa kapal dan duduk atas tu …sewa nya tiga belas ribu satu hari …meleleh kau air liur …kalau lah aku kaya….hu..hu..hu.. ok belanja gambar sikit kat bawah..kalau nak tahu nak naik bot pun ada boarding pass tau…ko ingat naik kapal terbang je ada boarding pass….wakakakakakaka




Ok lepas dah dpt tiket kami pun naik lah bot lebih kurang dlm 2 jam perjalanan..kematu sehhhh duk dlm bot tu..aku tak mabuk laut pun tp entah kenapa rasa cam sakit kepala plak…jadi tuk mengubati rasa pening2 aku tu apalagi tidur lah….aku ingat aku je tidur yg dua beranak tu pun tidur juga….ermmmm


Ok setelah melalaui perjalanan yg mencabar selama dua jam….mencabarlah sangat mana tak mencabar sakit kepala + rasa nak kencing…..tahan lama dah tu dekat dua jam wakakaka..sampailah kami ke pulau tekek….sampai je kat tekek dah ada kenderaan dr berjaya tioman resort yg menunggu..sonang kan….

Oklah kami pun sampai di hotel kami ..memang hotel nya selesa dan sangat cantik …. sangat2 lah selesanya..compare dari hotel seri Malaysia yg buat aku stress je duk kat sana…sampai je kat bilik kami pun merehatkan diri..di sana kami dah menempah sebuah motorsikal utk kami bergerak di sekitar pulau ....memang kami letih sangat jadi kami tidur je dlm bilik…mlm tu baru kami keluar itu pun tuk makan sebab perut dah menyanyi kan irama rock and roll…kami memilih tuk makan luar dr hotel sbb lebih banyak pilihan…ermmmm dah tentu ikan siakap stim menjadi pilihan..yg pasti memang sedap kedai tu masak ….berbaloi dgn harga …mahal tp sedap ….


Nak jadi cerita plak mlm tuk tak disangka2 motor yg kami sewa rupanya dah habis minyak…apa lagi menolak lah kami mlm tu….masa tu memang aku tension tp bila tengok suami ngan anak tolak motor kesian plak wakakakakaka…mujur lah dlm perjalan kami tu terjumpa sekumpulan remaja tengah lepak dan diorg pun ramah dan diorg pun menawarkan pertolongan tuk beli minyak…..syukur atas pertolongan Allah dan ribuaan terima kasih lah
pada remaja2 tu…..so dpt lah kami naik motor sampai ke resort mlm tu memang kami tidur pun tak menyedarkan diri lah mana tak nya kene tolak motor kot ….wakakakakakaka…
So esok banyak lagi perjalanan kami di tioman akan aku ceritakan…mata pun dah mengantuk ni ..so esok sambung part 2 plak ….
Nota kaki: kami suka bercuti kami mempunyai minat yg sama ..aku dan suami sangat cinta kan pulau ..pulau memberi pengertian pada kami …kami rasa tenang bila melihat laut …luas rasa pemandangan ..mendamaikan seolah2 tiada pengakhiran ….terima kasih sayang sbb bawak I kesini..u memang the best husband in the world I luv u so much sayang
xoxo














Assalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSaya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami memberikan pengkhidmatan yang baik dengan penuh rasa kekeluargaan dengan harga tour yang sangat berpatutan di daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia seperti : PADANG dan BUKITTINGGI Tour, ACEH Tour, MEDAN Tour, JAKARTA dan BANDUNG Tour, JOGJAKARTA Tour ,BALI MUSLIM Tour dan LOMBOK.
Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya.
Contact person :
1. Amsyahril
( Director )
Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )
2. Riko Adryansyah ( Tour & Transportation Manager )
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
FB :https://www.facebook.com/riko.kitaholidays
www.kitaholidays.cf
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Blh sy tau sewa moto 1 hari bape kt sna?
ReplyDelete