Syukur Alhamdulillah

hari ni hari yg amat gembira buat aku ...dan dah tentu hari yg bermakna utk mak aku...kenapa mak sbb mak lah heroin yg menjaga aku sepanjang aku sakit 5 thn yg lepas.Hari ini doktor dah sahkan check up aku bukan lagi 6 bulan sekali tp 1 tahun sekali biasa nya pesakit kanser ni bila dia pulih dalam tempoh 5 thn baru lah doktor lepaskan utk temujanji 1 thn sekali ...bagi org lain ia memang tak der makna tp bagi kami yg survivor cancer ni ai amat bererti.
Bila ingat balik pengalaman 5 thn yg lepas memang aku akan sedih pasti berlinang airmata kerana apa!.... banyak hati yg terluka bila mana aku sakit...masih aku ingat masa aku sakit dulu cuti hujung tahun lokman hanya di hospital...tak macam org lain..sedih tengok lokman bila semua cuti nya bukan macam org lain yg bercuti kesana sini...Mak pulak hidup nya tak pernah gembira sejak aku sakit ..hatinya tak pernah senang masa aku sakit ...katanya hari2 yg dia lalui tak de erti seronok ....abah berkorban masa dan tenaga dalam menjaga lokman semasa aku dihospital dengan mak...abah akan belikan apa  saja yg aku minta utk aku berselera makan dan bertenaga....suami plak sentiasa berulang alik dari johor ke negeri sembilan (umah mak abah aku) jauh juga ..kekadang sampai bos marah sbb sentiasa cuti ... nampak tak mereka berempat adalah org yg paling terkesan dengan penyakit aku...hidup ini walaupun tak der duit tp ia tetap boleh kita usahakan bayangkan hidup dengan penyakit atau sakit  duit yg banyak pun tak kan mampu memberikan kebahagian...syukur pada Allah ...2014 tetap memjadi ingatan biar pun pahit saat itu tp kerana kepahitan itu mengajar aku mejadi hamba Allah yg bersyukur kerana setiap dugaan  yg Allah beri ada kemanisan yg Allah  titipkan ...moga Allah sentiasa lindungi Queen hidup ku Pn Putri Darma (mak) ...dan mereka yg sentiasa ada dibelakang aku semasa aku melalui saat getir itu ..kerana kamu semua aku sihat kerana doa kamu semua Allah ber peluang utk aku lalui hidup ku semula dengan gembira...

nota kaki:

jgn gundah bila  hujan sentiasa kerana percaya lah selepas hujan ada pelangi yg akan memancarkan warna2 yg indah.Untuk sahabat yg masih dalam rawatan teruskan rawatan sentiasa doa pada yg maha Esa insyaAllah percaya lah Allah maha mendengar setiap doa kita...dan Allah lebih mengetahui dari kita hambaNya yg hina

my queen & my king

my love & my soul



💔MEREKA INSAN YG SENTIASA DLM DOA KU DAN DALAM INAGATAN KU💕


Comments

Popular posts from this blog

bicara hati, pengalaman ku

layan nya lirik lagu Setia Itu Menyakitkan (angkasa)

rindu setengah mati