jiwang sikit (coretan utk sang suami)

Hari ni terlebih rajin plak nak update blog…di mlm yg sunyi semua pun dah tidur ..aku pun apa lagi buka notebook dan mengupdate lah blog ku…hari ni entry aku ..aku nak berjiwang karat sikit… kali ni aku nak citer pasal en suami ku lah …nama suami ku Al malik faisa bin daud ..nama ala2 pak arab gitu tp muka macam anak mamak…perkenalan kami memang agak unik sikit…mulanya aku menemani kawan ku utk bertemu dgn seorg lelaki yg dikenali dr chatting …masa zaman aku mana lah ada FB ni handfhone pun ..handfhone antic gitu…nak tahu handfhone apa …wakakakaka handfhone arcatel yg gemuk2 macam nombor lapan tu …hi..hi..hi.. itu dah cukup canggih dah bg aku masa tu…ok lah sambung balik semasa tu aku baru berumur 16 thn (tingkatan 4) kawan aku tu terpaksa bawa aku kerana kawan dia bawak kawan juga…so nak jadi citer suami aku lah yg menemani kawan dia tu…bila dah jumpa kawan aku berjalan dgn kawan lelaki dia ….aku berjalan ngan suami aku lah ….masa tu sepatah haram tak dengar suara dia …muka aku yg kiut miut ni pun dia tak pandang langsung …tp dlm hati aku ni memang minat giler kat dia …mungkin sbb aku suka lelaki yg tinggi ,hitam manis (hitam manis ok bukan hitam legam) ,kurus dan semestinya hidung mancung…so memang dah kene dah ngan taste aku ….aku admire jelah sbb dia pun tak layan aku…lepas habis aku teman kan kawan aku tu…aku ada Tanya kawan aku saper nama kawan kepada kawan lelaki dia …dia pun tanyalah kat mamat tu..tp mamat tu ngan kawan aku ni dah atur kan sesuatu nak kenekan aku ngan suami aku ni…sbb suami aku ni jenis tak minat nak kawan ngan pompuan sangat…mamat tu cakap aku minat kat dia dan aku bg nombor telifon…padahal aku tak bagi pun nombor phone aku just nak Tanya je nama dia saper..dan akhirnya dia menelifon aku ….terperanjat beruk lah aku ….hati ni dah suka giler dah …..kami pun berbual2 …hampir tiap2 hari dia call aku …mula2 kawan je lama2 jatuh cinta….aku kenal dia masa aku masih bersekolah dan masa tu dia belajar di GMI ..bila aku dah habis sekolah dia pun dah keje kami terus serius menjalinkan hubungan ….dan kami bertunang masa umur aku 19 thn dan bernikah pada usia 20 thn …suami aku masa tu berumur 26 thn…ye aku kawin dlm usia yg muda …begitu juga dia …tp kami membina mahligai kami dgn penuh kegembiraan dan kasih sayang…kami bermula dgn hidup yg serba kurang …suami pun baru keje …aku plak blum lagi dpt tetap masih kerja mengikut hari …kalau dtg keje adalah duit kalau tak dtg tak delah ….tp rezeki aku baik 5 bulan kami berkhwin aku dpt tetap dan bekerja dlm sector kerajaan ..tp biasalah mula2 nak hidup kan bukan senang …masih segar dlm ingatan aku kami pakai motor dr mula kawin sampai 5 thn usia perkahwinan kami…makan plak kami berdikit2 beli telur berpapan2 …sardin bertin2 itulah makanan kami sehari2 nak makan ayam jarang sekali….tv pun 14 inci je …tp kami bahagia sangat, itu lah istana bagi kami itulah makanan yg paling enak buat kami….kami tak dikurniakan anak selepas aku keguguran sekali…tp aku redha …bermacam2 usaha kami buat utk mendapat zuriat tp bukan rezeki kami …sehinggalah kami bersetuju mengambil anak angkat …dan setelah mengambil luqman hakimi (anak angkat aku) rezeki kami makin bertambah…suami pun Berjaya dlm temuduga utk mengiring menteri…gaji bertambah dan elaun makin tinggi ….alhamdulillah berkat menjaga anak syurga ini Allah limpah kan rezeki buat kami tp kami tak pernah sekali lupa yg rezeki kami adalah kerana luqman dan seharusnya duit tersebut digunakan sebaik nya utk dia …..sehinggalah aku disahkan menghidap kanser pada april 2014 dan pada waktu tu memang aku rasa ujian berat buat aku dan suami serta keluarga..aku terpikir kenapa mesti aku ..kenapa terlalu muda …kenapa setelah aku redha tidak dikurniakan zuriat aku terus diduga …tp sebenarnya ada hikmah di sebalik nya….aku kenal siapa suami ku …aku bangga dan bersyukur kerana dikurniakan seorg suami yg sangat baik dan menerima segala kekurangan aku ….suami ku sorg yg sangat sabar dan baik dia akan lakukan apa saja yg bleh membuatkan aku gembira…dia selalu cakap kat aku kerana aku pernah bersusah payah bersama dia dan menerima dia sewaktu dia tiada apa2 pada waktu itu yg membuatkan dia amat menghargainya …benarlah kesetiaan seorg isteri diuji saat suami nya tak punya apa2 dan kesetiaan suami pula diuji semasa kesenangan di depan mata….apa lagi yg harus aku katakana pada insan yg bernama suami ini…dia sentiasa akan melakukan yg terbaik buat aku …terima kasih wahai suami ku…. Hanya satu harapan dan pinta ku pada Allah swt supaya dia akan menjadi suami ku di dunia ini dan di jannah Mu ya Allah….kami melalui segalanya bersama…susah senang bersama …aku tak pernah menyesal melalui kesusahan bersama dgn dia ..kerana bagi ku itu lah kenangan paling indah yg aku dpt kutip bersma dia…kini Alhamdulillah kami hidup dgn selesa kalau dulu 5 thn kami menunggang motor berhujan dan berpanas bersama…kini kami dah punya 2 kereta…dulu kami tak punya harta apa kini Alhamdulillah ….dulu kalau tengok kat langit dan terpandang kapal terbang diudara terdetik di hati kami…kami tak kan mampu nak naik pun hanya ble berangan je…dulu bas ekspress lah kenderaan kami kalau nak balik kampung…semua tu adalah kenangan buat aku ..kenangan ini bila diimbas kembali memberi kan moment yg indah buat aku…kekadang tersenyum sendiri….sebenarnya apa saja dugaan yg dtg pasti ada hikmah ..setiap kesusahan pasti ada kesenangan..indah segala yg Allah aturkan buat kita makhluknya…Allah tahu apa yg terbaik buat hambaNya…jadi sebagai hambaNya jgn lah sekali merungut bila diduga….Allah tak pernah kejam pada hambaNya…lalui lah dgn hati yg lapang dan pikiran yg positif…kita tetap hamba …kerana kita hamba yg lemah kita pasti akan merungut pada mulanya …tp bila direnung kita pasti akan Nampak hikmah yg tersembunyi…kini aku belajar lebih bersyukur ..walaupun banyak onak duri dan dugaan yg aku lalui tp ia tak akan sekali melemahkan semangat aku tuk terus melangkah dan melangkah..ujian sakit membuatkan aku lebih mendekat kan diri pada Nya…ujian sakit mengajar aku menjadi manusia yg bersyukur…ujian sakit mengajar aku kasih sayang …ujian sakit juga mengajar aku tuk tidak terus hanyut merosakkan diri aku dgn pemakan yg tidak sihat…jadi ujian sakit bukan lah musibah …. Terima kasih Allah….kerana memberi ku peluang kedua dlm hidupku

Comments

Popular posts from this blog

bicara hati, pengalaman ku

layan nya lirik lagu Setia Itu Menyakitkan (angkasa)

rindu setengah mati