raya...raya....raya 2015

Hari ni aku nak updates pasal hari raya …maklumlah kita pun masih dlm bulan syawal lagi kan…so entry kali ni aku nak cerita pasal hari raya yg di sambut di belah mertua..tahun ni aku beraya di sebelah suami aku di besut Terengganu…so far best lah raya thn ni..mana tak nya asyik org duk tegur aku kurus je tu yg seronok sangat tu dpt beraya kat sana ….teguran tu pun buat hidung ku kembang semangkuk..wakakakak..walaupun hakikatnya tak lah kurus pun … tp memang lah ada perbezaan dulu dan sekarang kalau dah 20 kg yg turun mestilah nampak perbezaan kan walaupun tak kurus …so hari raya pertama menu yg dihidangkan ialah nasi dagang dan nasi minyak siap gulai itik lagi …yummy…yummy..semua menu ini dimasak oleh mak mertua dan ayah mertua aku ..yg pasti memang sedap giler lah …favourite aku plak nasi dagang ….apalagi berpinggan2 lah aku melantak…hilang segala diet ,hilang segala pantang hi..hi…hi…tak pelah satu hari beraya kan nama pun meraikan kemenangan …aku memang layak tuk raikan kemenangan tu sbb aku puasa penuh sebulan tau hi…hi..hi..hi..aku punya tema tuk raya thn ni warna hijau teqoise (ye ke aku eja ni) dan buat pertama kalinya aku memakai baju kebaya (ko ado) hu…hu…hu….siap kerongsang besar 3 biji…hi..hi..hi… sedondon gitu kami 3 beranak..dan suami aku sejak duk johor ni baju melayu pun ikut style johor
Comel tak kami 3 beranak….hi..hi…dan gambar di bawah ni ialah gambar adik ipar aku bersama anak2 nya
Ok…pagi raya kami beraya dirumah je menunggu tetamu dtg….tp aku dah start merayu ngan suami aku dah minta dia bawak gie beraya ….tp banyak plak alasan dia (sabor jelah)….oleh kerana tak tahan ngan rayuan aku yg buat muka kesian, petang raya pertama tu suami aku bawak lah beraya…. itu pun beraya 1 rumah je rumah mak saudara dia (sabor jelah aku….ingat dpt beraya banyak rumah) alah sebenarnya buat syarat nak jaga hati aku je tu ..dah tahu dah taktik dia hi…hi..hi…tp tak pelah janji aku dpt beraya walaupun satu rumah jeeeeee ..ramai kan saudara mara dia….tengok tu betapa sopan nya aku menunduk seolah2 macam anak dara yg mahu dipinang …wakakakakak
Balik dari beraya aku pun apalagi cepat2 kedapur …sbb apa tau…nak melantak nasi dagang lagi hi…hi..hi..kuat giler aku makan ..so habis lah part hari raya pertama ….dan keesokkan nya adalah hari besar utk keluarga belah suami aku ….bukan majlis kawin tau tp majlis perhimpunan keturunan dari sebelah bapa mertua ku…ramai giler tu dah macam majlis raya rumah Menteri besar dah hi…hi…hi….majlis memang meriah ..dapatlah aku tengok saudara mara yg tak pernah aku tengok sebelum ni…mungkin lepas ni keluarga mak ngan abah plak bleh buat…sebagai tuan rumah segak lah keluarga mertua aku dgn pakaian yg cantik2…suami ku ada 5 org adik beradik dan suami aku anak yg ketiga ..dia mempunyai 2 org kakak seorg adik perempuan dan seorg adik lelaki ..di bawah ni adalah 4 dara pinggitan yg memang perasan comel hi…hi..hi… ini lah kakak dan adik perempuan suami aku
So…hari raya ketiga suami aku bawak lah aku beraya tp tu pun satu rumah juga Cuma jauh lah juga dekat kota bharu ,jadilah dari tak beraya langsung…mak mertua ,kakak ipar dan anak buah pun ikut sekali …seronok lah juga dpt kuar jenjalan ..aku ni kan suka berjalan kalau tak dpt berjalan mulalah jiwa kacau…hi…hi…
Kami menghabiskan masa 4 hari beraya di besut Terengganu…yg pasti raya tahun ni menyeronok kan aku …yelah tahun lepas aku beraya dlm emosi tak stabil sbb sedang dlm rawatan cancer ditambah dgn berdebar nak tunggu operatin kali kedua jadi mood nak raya tu kurang lah sikit….apa pun syukur thn ni Allah masih beri kesempatan pada aku tuk merasa hari raya dgn perasaan yg sangat seonok..Allah masih beri aku peluang tuk sihat setelah Allah duga pada thn lepas …terima Kasih Allah…terima kasih diatas kasih sayang Mu pada aku hamba Mu yg banyak melakukan dosa ini….Kau masih beri aku peluang dan peluang …..Kau masih beri aku nikmat….syukur…moga aku terus diberikan nikmat kesihatan ini …amin…so setakat ini jelah entry aku tentang sambutan hari raya aku tahun ini xoxoxo

Comments

Popular posts from this blog

bicara hati, pengalaman ku

layan nya lirik lagu Setia Itu Menyakitkan (angkasa)

rindu setengah mati