Posts

Syukur Alhamdulillah

Image
hari ni hari yg amat gembira buat aku ...dan dah tentu hari yg bermakna utk mak aku...kenapa mak sbb mak lah heroin yg menjaga aku sepanjang aku sakit 5 thn yg lepas.Hari ini doktor dah sahkan check up aku bukan lagi 6 bulan sekali tp 1 tahun sekali biasa nya pesakit kanser ni bila dia pulih dalam tempoh 5 thn baru lah doktor lepaskan utk temujanji 1 thn sekali ...bagi org lain ia memang tak der makna tp bagi kami yg survivor cancer ni ai amat bererti. Bila ingat balik pengalaman 5 thn yg lepas memang aku akan sedih pasti berlinang airmata kerana apa!.... banyak hati yg terluka bila mana aku sakit...masih aku ingat masa aku sakit dulu cuti hujung tahun lokman hanya di hospital...tak macam org lain..sedih tengok lokman bila semua cuti nya bukan macam org lain yg bercuti kesana sini...Mak pulak hidup nya tak pernah gembira sejak aku sakit ..hatinya tak pernah senang masa aku sakit ...katanya hari2 yg dia lalui tak de erti seronok ....abah berkorban masa dan tenaga dalam menjaga lokman s...
Image
Allahuakbar lama sungguh blog ni aku tak update sampai  lupa dah password... usaha punya usaha akhirnya aku jumpa juga password blog ni..rindu nya rasa nak menulis balik blog ni last aku update pun rasanya tahun 2016 laaa ni dah tahun 2019 woiiiii...lagi berapa hari lagi nak masuk 2020 ... blog ni satu ketika dulu tempat aku luahkan segala yg aku rasa dlm aku melawan sakit aku...masa tu aku ada masa yg banyak sbb aku bercuti tp sekarang aku bekerja balik so masa pun dah tak der...aku ingat aku nak aktif menulis balik memang lah aku ni bukan ramai follower pun tp tak kisah lah sbb aku tahu disebalik follower aku yg tak ramai sebenarnya ada je yg dapat manafaat dr perkongsian aku ...buktinya ada yg hubungi aku di IG dan bg tahu dia kenal aku melalui blog aku...walaupun tak ramai ada lah sorang dua bg aku ia tetap sesuatu yg baik utk aku..mereka banyak nya tertarik dgn perkongsian aku dlm aku melawan kanser dulu ...citer2 lain tak derlah menarik mana pun😉ok ini adalah permulaan ..a...

NURUL HARNANI KASMARI: #TRAVEL2015 KRABI - 11 TIPS MUDAH NAK BERCUTI KE KRABI (PERCUTIAN BUDGET)

NURUL HARNANI KASMARI: #TRAVEL2015 KRABI - 11 TIPS MUDAH NAK BERCUTI KE KRABI (PERCUTIAN BUDGET)

percutian ke pulau tioman part 2

Image
Lama nya dah aku tak update blog aku…dah bersawang dah kot bayangkan lah last aku updates oktober tahun lalu sekarang dah mac 2016 berbulan kot….so aku nak sambung semula percutian aku ke tioman bahagian ke -2 ….oklah keesokan hari nya kami pun bersarapan lah di hotel tempat kami menginap…serius semua makanan nya ala2 barat je,,mungkin sbb kat sini ramai pelancong asing…dan aku tak nafikan lah kami menginap dihotel yg bleh dikatakan antara termahal di pulau tioman ini…pada entry yg lepas aku dah pun bercerita dimana di hotel ini lah selalu kerabat diraja Pahang dan org2 kenaamaan akan dtg bercuti..dan resort ini juga dipunya oleh seorg usahawan cina yg memang terkenal ..aku pun dah tak ingat dah nama dia apa….ni kat bawah aku sajikan dengan gambar kami 3 beranak menikmati sarapan pagi…sambil dibuai pandangan yg indah dan cantik di pulau ini …cafeteria nya memang terletak betul2 dengan swimming pool…. Selesai je kami menjamu selera perut pun dah kenyang giler dah …kami pun pul...

percutian ke pulau tioman part 1

Image
Lama dah aku tak update blog…bukan apa kalau nak update blog ni kene ada mood kalau tak entah apa yg aku tulis pun aku tak tahu nanti….ni pun ambil lama mood ..tu pun belum ada mood sepenuh nya ..ok malam ni aku nak menulis pengalaman aku bercuti ke tioman island….sebenarnya aku blum pernah menjejak kan kaki ke tioman island ni ..so bila encik suami ajak ke tioman island apa lagi hati melonjak lah kegembiraan ..kebetulan suami aku balik bercuti di kampong aku ..dan kebetulan plak cuti sekolah akan bermula jadi aku ambil kesempatan ini utk vacay dan terus kerumah suami aku di johor….so ptg tu kami bertolak dari jelebu, negeri Sembilan ke mersing….sbb kami menaiki bot nanti di jeti mersing…kami sampai ke mersing agak lewat malam lah juga jadi kami ambil keputusan utk merehatkan diri di hotel seri Malaysia mersing sebelum menaiki bot keesokkan hari nya…so kami pun check in lah kat situ…tp biasalah dah nama nya pun hotel seri Malaysia..ermmmmm bukan nak cakap apa lah sangat tidak selesa…ba...

jiwang sikit (coretan utk sang suami)

Image
Hari ni terlebih rajin plak nak update blog…di mlm yg sunyi semua pun dah tidur ..aku pun apa lagi buka notebook dan mengupdate lah blog ku…hari ni entry aku ..aku nak berjiwang karat sikit… kali ni aku nak citer pasal en suami ku lah …nama suami ku Al malik faisa bin daud ..nama ala2 pak arab gitu tp muka macam anak mamak…perkenalan kami memang agak unik sikit…mulanya aku menemani kawan ku utk bertemu dgn seorg lelaki yg dikenali dr chatting …masa zaman aku mana lah ada FB ni handfhone pun ..handfhone antic gitu…nak tahu handfhone apa …wakakakaka handfhone arcatel yg gemuk2 macam nombor lapan tu …hi..hi..hi.. itu dah cukup canggih dah bg aku masa tu…ok lah sambung balik semasa tu aku baru berumur 16 thn (tingkatan 4) kawan aku tu terpaksa bawa aku kerana kawan dia bawak kawan juga…so nak jadi citer suami aku lah yg menemani kawan dia tu…bila dah jumpa kawan aku berjalan dgn kawan lelaki dia ….aku berjalan ngan suami aku lah ….masa tu sepatah haram tak dengar suara dia …muka aku yg kiu...

raya...raya....raya 2015

Image
Hari ni aku nak updates pasal hari raya …maklumlah kita pun masih dlm bulan syawal lagi kan…so entry kali ni aku nak cerita pasal hari raya yg di sambut di belah mertua..tahun ni aku beraya di sebelah suami aku di besut Terengganu…so far best lah raya thn ni..mana tak nya asyik org duk tegur aku kurus je tu yg seronok sangat tu dpt beraya kat sana ….teguran tu pun buat hidung ku kembang semangkuk..wakakakak..walaupun hakikatnya tak lah kurus pun … tp memang lah ada perbezaan dulu dan sekarang kalau dah 20 kg yg turun mestilah nampak perbezaan kan walaupun tak kurus …so hari raya pertama menu yg dihidangkan ialah nasi dagang dan nasi minyak siap gulai itik lagi …yummy…yummy..semua menu ini dimasak oleh mak mertua dan ayah mertua aku ..yg pasti memang sedap giler lah …favourite aku plak nasi dagang ….apalagi berpinggan2 lah aku melantak…hilang segala diet ,hilang segala pantang hi..hi…hi…tak pelah satu hari beraya kan nama pun meraikan kemenangan …aku memang layak tuk raikan kemenangan ...