Posts

Showing posts from 2015

percutian ke pulau tioman part 1

Image
Lama dah aku tak update blog…bukan apa kalau nak update blog ni kene ada mood kalau tak entah apa yg aku tulis pun aku tak tahu nanti….ni pun ambil lama mood ..tu pun belum ada mood sepenuh nya ..ok malam ni aku nak menulis pengalaman aku bercuti ke tioman island….sebenarnya aku blum pernah menjejak kan kaki ke tioman island ni ..so bila encik suami ajak ke tioman island apa lagi hati melonjak lah kegembiraan ..kebetulan suami aku balik bercuti di kampong aku ..dan kebetulan plak cuti sekolah akan bermula jadi aku ambil kesempatan ini utk vacay dan terus kerumah suami aku di johor….so ptg tu kami bertolak dari jelebu, negeri Sembilan ke mersing….sbb kami menaiki bot nanti di jeti mersing…kami sampai ke mersing agak lewat malam lah juga jadi kami ambil keputusan utk merehatkan diri di hotel seri Malaysia mersing sebelum menaiki bot keesokkan hari nya…so kami pun check in lah kat situ…tp biasalah dah nama nya pun hotel seri Malaysia..ermmmmm bukan nak cakap apa lah sangat tidak selesa…ba...

jiwang sikit (coretan utk sang suami)

Image
Hari ni terlebih rajin plak nak update blog…di mlm yg sunyi semua pun dah tidur ..aku pun apa lagi buka notebook dan mengupdate lah blog ku…hari ni entry aku ..aku nak berjiwang karat sikit… kali ni aku nak citer pasal en suami ku lah …nama suami ku Al malik faisa bin daud ..nama ala2 pak arab gitu tp muka macam anak mamak…perkenalan kami memang agak unik sikit…mulanya aku menemani kawan ku utk bertemu dgn seorg lelaki yg dikenali dr chatting …masa zaman aku mana lah ada FB ni handfhone pun ..handfhone antic gitu…nak tahu handfhone apa …wakakakaka handfhone arcatel yg gemuk2 macam nombor lapan tu …hi..hi..hi.. itu dah cukup canggih dah bg aku masa tu…ok lah sambung balik semasa tu aku baru berumur 16 thn (tingkatan 4) kawan aku tu terpaksa bawa aku kerana kawan dia bawak kawan juga…so nak jadi citer suami aku lah yg menemani kawan dia tu…bila dah jumpa kawan aku berjalan dgn kawan lelaki dia ….aku berjalan ngan suami aku lah ….masa tu sepatah haram tak dengar suara dia …muka aku yg kiu...

raya...raya....raya 2015

Image
Hari ni aku nak updates pasal hari raya …maklumlah kita pun masih dlm bulan syawal lagi kan…so entry kali ni aku nak cerita pasal hari raya yg di sambut di belah mertua..tahun ni aku beraya di sebelah suami aku di besut Terengganu…so far best lah raya thn ni..mana tak nya asyik org duk tegur aku kurus je tu yg seronok sangat tu dpt beraya kat sana ….teguran tu pun buat hidung ku kembang semangkuk..wakakakak..walaupun hakikatnya tak lah kurus pun … tp memang lah ada perbezaan dulu dan sekarang kalau dah 20 kg yg turun mestilah nampak perbezaan kan walaupun tak kurus …so hari raya pertama menu yg dihidangkan ialah nasi dagang dan nasi minyak siap gulai itik lagi …yummy…yummy..semua menu ini dimasak oleh mak mertua dan ayah mertua aku ..yg pasti memang sedap giler lah …favourite aku plak nasi dagang ….apalagi berpinggan2 lah aku melantak…hilang segala diet ,hilang segala pantang hi..hi…hi…tak pelah satu hari beraya kan nama pun meraikan kemenangan …aku memang layak tuk raikan kemenangan ...

bicara hati, pengalaman ku

Image
Hari ni aku nak tulis entry yg lain dari entry aku sebelum ini…entry tentang pengalaman sebagai pesakit kanser…ye pesakit kanser, aku pun tak pernah terbayang menjadi pesakit kanser… ermmmmmm mulanya aku dinogsis mengidap kanser endometrium atau lebih tepat dgn kata melayu kanser dinding Rahim…sebenarnya aku pun kompius aku ni kanser apa mula nya tp setelah disahkan aku bukan kanser ovary tp endometrium..sbb tu kalau org Tanya aku nak jawab pun tak reti …kejap2 aku kata kanser ovary kejap2 aku kata kanser Rahim tp sebenarnya aku kanser dinding Rahim…mulanya aku memang tergamam masa doctor mengesahkan nya …bayangkan masa tu aku seorg diri mengadap doctor….tp serius aku masih bleh bersembang dgn pesakit lain dlm bilik doctor masa doctor pegi discuss dgn pakar ….selepas keluar dr hospital …masa tulah airmata aku berjujuran keluar ..aku hilang arah dan tujuan ku seolah2 rasa hidup ni tiada ertinya lagi…aku mengambil keputusan utk bercuti dan tinggal bersama kedua ibu bapa ku memandangkan ...

bukit tinggi part 2

Image
Ok kita sambung part ke 2 plak percutian aku di bukit tinggi, selepas habis kami melawat ke japanies house , kami anak beranak pun melawat ke tmn arnab dimana di sini bukan arnab je malah rusa pun ada , yg best nya rusa dan arnab ni di lepaskan dan kita bleh main lagi ngan arnab2 tu…seriously aku ni penakut dgn arnab ok…bukan takut sikit memang takut giler, sepanjang aku hidup tak pernah lagi aku pegang arnab ..ini pertama kali dlm hidup aku dan aku cuba memberanikan diri utk pegang ( itu pun dgn kata2 semangat dari mr sayang lah) kalau tengok gambar kat bawah ni boleh nampak kot muka aku yg cuak tu…hu..hu..hu… selain arnab dan rusa …kuda pun ada tau…tengok tu konon pegang kuda padahal tak kene pun kat kulit kuda tu….wakakaka hai lah intan saffinah oiiiiiii semua binatang ko takut … Oklah setakat ni dululah entry tentang percutian aku dibukit tinggi bersama keluarga kecil ku …walaupun hanya satu hari tp sangat menyeronok kan …sebenarnya tak penting berapa hari kita bercuti yg...

bukit tinggi part 1

Image
Ok….masa utk updates blog…sekarang kan aku dah mula aktif menulis…so masa banyak lah nak updates, kiranya dah tak delah blog aku ni berhabuk lagi..ok kali ni aku nak updates kan percutian aku di bukit tinggi ,Pahang . Sebelum puasa baru2 ni aku dan keluarga kecil ku telah bercuti ke bukit tinggi ,sebenarnya en sayang kita (en suami lah) nak bawak kita gie port Dickson …kat tempat atas air tu -lexis…tp biasa lah musim cuti sekolah ni harga nya mahal giler cecah sampai RM700.00 semalam…mahal giler jadi kami tukar plan ke bukit tinggi kat bukit tinggi ni kira ok lah juga harga nya . semalam RM500.00 …kami menginap di Colmar Tropicale ala2 macam perancis gitu hotelnya. Ramai org kata kalau pegi kat bukit tinggi ni boring tp bagi aku tak lah boring sangat tp jgn duduk lelalama lah kat sana kerana hanya sesuai utk mencari ketengan je tp dlm masa yg singkat lah . sampai saja kat sana kami pun makan lah dulu,aku punya pantang larang pun kelaut lah masa tu. Makan macam ala2 mat saleh sbb tak d...

singapore bahagian 2

Image
lama sungguh tak update blog.....hari tu last sekali aku update ialah tentang percutian aku di singapore bahagian satu ....so hari ni nak updates bahagian 2 plak....percutian di singapore adalah percutian yg sangat aku tunggu sebenarnya..dari tahun sebelumnya kami merancang tp berbagai dugaan terjadii dan semua nya terpaksa dibatalkan...akhirnya takdir Allah semua nya menjadi kenyataan juga aku sampai juga ke sana....ok dibahagian satu aku dah tulis kemana hala tuju kami so kita sambung ...selepas tengok live show kami bermain bermacam2 permainan antara nya mainan mummy..alah citer mummy tu...best giler permainnan tu tak silap aku kita org kene naik macam rollercoster tp dlm bangunan tp memang tak bleh lawan main dekat tranformes lah....lepas abis main kami pun menjamu selera di dlm restoran makanan segera di dlm USS tu.... ni lah tempat nya..the mummy kemudian setelah kami makan kami pun meneruskan pengembaraan kami lagi ke se...

percutian ke singapore bhg 1

Image
lama dah tak update blog...dah bersarang dah blog ni...hari ni rajin sikit nak update blog....cuti hari pekerja baru2 ni aku menghabiskan cuti bersama keluarga pergi bercuti..tak jauh pun tp keluar lah dari negara....seberang tambak je..habis je luqman sekolah aku terus berangkat ke johor bersama ngan luqman....sampai je di johor suami aku dah pun menunggu.....keesokan nya kami pun berangkat ke singapura dgn menaiki bas persiaran....tak di nafikan memang ketat sungguh pemeriksaan imigresen di sana setelah beberapa jam kami dlm bas sampailah kami ke USS sentosa singapura....tak dpt nak digambarkan perasaan kami setelah sampai ke sana ...sebenarnya kami dah planning utk ke sana pada tahun lepas tp apakan daya kita manusia hanya merancang selebihnya ketentuan dari Allah ....aku diduga dgn sakit jadi kami batalkan percutian kesana....akhirnya dgn izin Allah tahun ni aku sampai ke sana ....walau pun suami aku sibuk namun dia tetap gagah kan juga membawa kami kesana ...terima kasih ayang....